Blogger Templates

Asas C++


Salam semua, 
Selamat datang ke laman pengaturcaraan. Post kali ni berkaitan dengan pengaturcaraan iaitu C++. C++ adalah bahasa pemrograman komputer yang di buat oleh (Bjarne Stroustrup) merupakan perkembangan dari bahasa C dikembangkan di Bell Labs (Dennis Ritchie) pada awal tahun 1970-an.

Pembolehubah
Pembolehubah atau juga dikenali sebagai “variable” merupakan kaedah pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa pengaturcaraan menerima, menghantar, memproses dan pelbagai operasi lagi terhadap sesuatu input. Ada pelbagai jenis data bagi pembolehubah:

Jenis Data dan penggunaannya - jenis data dalam huruf huruf kecil sahaja

1) char - Aksara  (A-Z)
2) int    - Nombor Bulat/integer  (10)
3) float - Nombor 2 titik perpuluhan     (1.20)
4) double - Nombor 3 titik perpuluhan (1.208
5) string  - Perkataan/Rentetan aksara seperti nama  (Siti Ainshah 46)

Sintak pembolehubah:
<jenis data> <nama pembolehubah>;
Contohnya:

int nombor_bulat;

char aksara;
string perkataan;
float nombor_perpuluhan,
Nama pembolehubah yang ditugaskan adalah bebas, tetapi tertakluk kepada syarat:
  • tiada senggang di antara perkataan
  • bukan merupakan kata simpanan dalam sistem (reserved words)
  • boleh terdiri daripada nombor dan aksara tetapi tidak boleh dimulai dengan nombor

Pemboleh ubah juga boleh ditetapkan nilai sewaktu penciptaannya.
int nombor=1;
char aksara= ‘A’;
string kata= “ahmad”;
double perpuluhan=1.92;
Menerima dan memaparkan input
Di dalam C++ anda boleh memaparkan input ke paparan terminal atau ke dalam fail teks. Untuk permulaan, kita akan fokuskan dulu kepada paparan terminal. Jenis paparan dan mod paparan input antaranya ialah:

1) cin>>data;                                           //menerima output
2) cout<<"Data anda ialah"<<data;        //memaparkan output
3) cerr<<"memaparkan ralat";                //papar ralat

Contoh program asas pengaturcaraan C++
Contoh masukan nombor integer:
#include <iostream>
using namespace std;
void main()
{
int num;
cout<< “Sila masukkan sebarang nombor”<<endl;
cin>>num;
cout<< “Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah” <<num<<endl;
}


Contoh masukan rentetan aksara:
#include <iostream>
using namespace std;
void main()
{
string nama;
cout<< “Sila masukkan nama anda”<<endl;
getline(cin,nama);
cout<< “Terima kasih, nama anda ialah” <<nama<<endl;
}
Contoh pengunaan penggunaan komen:
#include <iostream>
using namespace std;
//Ini contoh untuk komen sebaris
//Baris baru memerlukan anda meletakkan tanda “backslash” seterusnya
int main()
{
int num;
cout<< “Sila masukkan sebarang nombor”<<endl;
cin>>num;
/* Ini pula
membenarkan komen lebih dari
sebaris
*/
cout<< “Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah” <<num<<endl;
return 0;
}

Contoh penggunaan pelbagai simbol khas:
#include <iostream>
#define NOMBOR 11
using namespace std;
int main()
{
int num=7;
char aksara= ‘B’;
cout<< “Nilai NOMBOR "<<" ialah ” <<NOMBOR<<endl;
cout<< “Nilai num ialah” <<num<<endl;
cout<< “Nilai aksara ialah” <<aksara<<endl;
return 0;
}

No comments:

Post a Comment

Siti Ainshah@2012