Salam semua,
Selamat datang ke laman pengaturcaraan. Post kali ni berkaitan dengan pengaturcaraan iaitu C++. C++ adalah bahasa pemrograman komputer yang di buat oleh (Bjarne Stroustrup) merupakan perkembangan dari bahasa C dikembangkan di Bell Labs (Dennis Ritchie) pada awal tahun 1970-an.
Pembolehubah
Pembolehubah atau juga dikenali sebagai “variable” merupakan kaedah pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa pengaturcaraan menerima, menghantar, memproses dan pelbagai operasi lagi terhadap sesuatu input. Ada pelbagai jenis data bagi pembolehubah:
Jenis Data dan penggunaannya - jenis data dalam huruf huruf kecil sahaja
1) char - Aksara (A-Z)
2) int - Nombor Bulat/integer (10)
3) float - Nombor 2 titik perpuluhan (1.20)
4) double - Nombor 3 titik perpuluhan (1.208
5) string - Perkataan/Rentetan aksara seperti nama (Siti Ainshah 46)

Sintak pembolehubah:
<jenis data> <nama pembolehubah>;
|
Contohnya:
int nombor_bulat;
char aksara;
string perkataan;
float nombor_perpuluhan,
|
Nama pembolehubah yang ditugaskan adalah bebas, tetapi tertakluk kepada syarat:
- tiada senggang di antara perkataan
- bukan merupakan kata simpanan dalam sistem (reserved words)
- boleh terdiri daripada nombor dan aksara tetapi tidak boleh dimulai dengan nombor
Pemboleh ubah juga boleh ditetapkan nilai sewaktu penciptaannya.
int nombor=1;
char aksara= ‘A’;
string kata= “ahmad”;
double perpuluhan=1.92;
|
Menerima dan memaparkan input
Di dalam C++ anda boleh memaparkan input ke paparan terminal atau ke dalam fail teks. Untuk permulaan, kita akan fokuskan dulu kepada paparan terminal. Jenis paparan dan mod paparan input antaranya ialah:
1) cin>>data; //menerima output
2) cout<<"Data anda ialah"<<data; //memaparkan output
3) cerr<<"memaparkan ralat"; //papar ralat

Contoh program asas pengaturcaraan C++
Contoh masukan nombor integer:
| #include <iostream> using namespace std; void main() { int num; cout<< “Sila masukkan sebarang nombor”<<endl; cin>>num; cout<< “Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah” <<num<<endl; }
Contoh masukan rentetan aksara:
|
Contoh pengunaan penggunaan komen:
| #include <iostream> using namespace std; //Ini contoh untuk komen sebaris //Baris baru memerlukan anda meletakkan tanda “backslash” seterusnya int main() { int num; cout<< “Sila masukkan sebarang nombor”<<endl; cin>>num; /* Ini pula membenarkan komen lebih dari sebaris */ cout<< “Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah” <<num<<endl; return 0; } |
Contoh penggunaan pelbagai simbol khas:
| #include <iostream> #define NOMBOR 11 using namespace std; int main() { int num=7; char aksara= ‘B’; cout<< “Nilai NOMBOR "<<" ialah ” <<NOMBOR<<endl; cout<< “Nilai num ialah” <<num<<endl; cout<< “Nilai aksara ialah” <<aksara<<endl; return 0; } |

No comments:
Post a Comment